Biografi Kang Ji-young

Kang Ji-young dilahirkan pada 18 Januari 1994[2] di Paju, Korea Selatan. Beliau membuat kemunculan pertama ketika berumur 15 tahun. Beliau menyanyikan lagu Girls' Generation, "Kissing You" semasa ujibakat. Kang merupakan sepupu kepada penyanyi pop Korea Selatan, NS Yoon-G.

Beliau menghadiri Sekolah Menengah Bongilcheon dan Sekolah Tinggi Perempuan Muhak. Beliau tamat pembelajaran pada bulan Februari 2012.